Welcome to Auni Ruhana's blog. You have steeped onto my territory. Follow me maybe?| Dashboard | +Follow
Little Mouse
Ollaaa!



Hello,you've stepped onto my blog ! Want to know more about me? Click about.
*saya kiri sekali*
I miss arwah abah and all Semekadians :c




Fell free to navigate this

Story About Links

Little bunny paws

No Harsh words allowed here.
Guna URL yang betul sahaja.
Click 'Hantar' sekali sahaja.





Let's mention
Big Claps
Template By MiaDamia
Inspiration By Lettha
Image By Me :)
Unexpected Tragedy
Sunday 10 February 2013 | 03:26 | 4 Love
                                                                      

Assalamualaikum semua hamba Allah. Minta semuanya sihat sejahtera.

  Rasanaya ramai tahu auni accident Jumaat lalu. Hm memnag auni dah janji nk cerita dari awal. That day kitaorang lepas balik sekolah semua dah bersiap nk ambil akak sulung kat Asrama Seri Puteri di KL. Dalam perjalanan je auni, hanafi(adik lelaki) memang dah tidur. Maklum hari Jumaat tu masih sekolah and pagi tu pun ade accident depan sekolah auni. Arwah abah kata 'Innalillah, bahaya sekarang ni. Auni kalau nk lintas jalan baik-II tau" Well ingt lagi. So auni, hanafi tidur je sampai sedar je dah kat Hospital Tangkak.

  Cerita dia macam ni, time tu hujan lebat. Masa tu tak sampai lagi pun tol Tangkak. Abah bawak laju maybe sebab dia memnag nk cepat sampai KL rindu katanya kat kakak and takut jam. Kereta kitaorang betembung dengan Kelisa kat jalan yang bertentangan. Lepas tu dah langgar kereta kitaorang berpusing then langgar pokok pulak. Auni time ni tak sedar sebab gegaran otak. Tapi ibu rasa sakit sangat. Mamai lagi masa tu.

  Arwah abah meninggal dekat tempat kejadian. Lepas berdentum dengan kereta tu abah terus meninggal akibat parah di kepala. Meninggal tepat pukul 2.40 tengah hari. Ibu selamat sebab air bag terbuka and ibu sedar ketika berlaku. Time tu tengah menyusukan adik tak nampak depan Auni dengan hanafi pengsan. Aleeya, selamat ibu pegang erat-II tidak dah tercampak. Cuma Aleeya kaku and trauma kot. Ibu bawak Aleeya pergi tepi jalan raya yang takde kenderaan lalu, then letak kat situ. Ibu pergi minta tolong.

  Ibu jerit nama Auni, auni macam sahut. Lah mcm goyang-II kepala hanafi pun. Cuma time Abah ibu sahut abah tak jawab. Abah terhentak kat stering kereta. Lepas tu, ade orang bantu and hantar kat hospital. Auni sedar-II dekat Hospital Tangkak and rasa sakit sangat dahi sebab doktor tengah jahit dahi auni. Auni berlumuran darah. Parah jugak sebab masuk wad separa kritikal awal-II. then ibu kat sebelah kata "Auni sabar. Kita accident tadi. Auni..... abah dah takde." Auni tak jawab hanya air mata bergelinangan membasahi pipi. Tak sangka, sepantas kilat kejadian ni berlaku. Akak pula Pak Ngah yang ambil dia kat asrama.

   Kemudian, kami dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah di Muar kerana dekat dengan rumah and bnyk saudara-mara yang terdekat. Kat sinilah auni betul-II sedar and dapat lihat pemandangan. Alhamdulillah Allah bg peluang untuk auni hidup lagi. Kami diletakkan di wad yang berbza-beza. Auni kat wad 6. Ibu jaga Aleeya dgn Hanfi kat wad kanak-II. Auni duduk sorang, takpe auni faham lagi pun orang kat situ jaga auni betul-II. Suapkan makan and tukar baju auni semua. Hari Sabtu pagi, start ramai melawat auni. Auni rasa gembira ade yang sanggup datang dari jauh semata-II nak lawat kami semua. Terima kasih semuanya. Hari Ahad tengah hari, auni dibenarkan pulang. Hanafi pun boleh keluar. Aleeya masih di wad kanak-II, dia agak parah. Doakan dia selamat and cepat pulih. Auni tak dapat tengok atau cium abah buat kali terkahir sebab dalam keadaan yang agak parah. Hanya ibu dan Hanafi dibenarkan pergi ke pengebumian abah. Abah selamat dikebumikan di Parit Bakar bersebelahan kubur arwah nenek sebelah ibu. Tak nak tanam di Kedah kerana takut jam dan perjalanan jauh. Lagipun rumah kat sini, senang nk ziarah. Auni janji bila auni dah sihat auni akan sentiasa menziarahi arwah dan doa kesejahteraan arwah di sana. Yang pergi tetap akan pergi, hanya doa sahaja yang akan mengiring. Auni akan teruskan sisa hidup ini. Auni nak buat ibu bangga dengan auni.

    Ibu cakap banyak petanda yang arwah abah akan pergi. First, time hari Khamis sebelum esoknya accident tu, arwah abah bawak Hanafi pergi main futsal naik motor. Time tu hujan. Abah kata 'Hanafi, pakailah baju hujan ni. Kalau Abah demam takpe, abah ambil MC selama-lamanya" Nmapak bukan? Then time futsal abah kata kat kawan abah "Esok aku nak pergi jauh' Hm sepatutnya just kata nk ambil anak kat asrama. Hm ibu kata Jumaat tu ibu bau wangi dekat sekolah. Arwah abah pula baik sangat tahun ni. Pernah dia tanya 'Auni dah solat belum? Kalau belum cepat solat! Jangan tipu kata dah solat" Hm before ni, I mean tahun lepas jarang arwah tanya. Hm lagipun kat Facebook arwah, banyak dah dia post menunjukkan yang dia akan tinggalkan semua buat selama-lamanya. Ni Facebook arwah. http://www.facebook.com/#!/othman.saad.96?fref=ts .

   Hm malam ni auni nak pergi buat tahlil buat  arwah. Hm semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatakan dikalangan orang-II yang beriman. Aminnn.. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Entah bila pulak auni ni. Auni akan doakan arwah and takkan lupakan ketika suka dan duka kita bersama. Arwah banyak ajar auni sehingga auni begini. Arwah banyak tinggalkan kenangan manis dekat kami semua. Awah walaupun tegas, tapi baik orangnya. Rindu pulak rasanya dekat arwah. Alhamdulillah, semoga tenang di sana ya abah. I love youuu so much. Auni sentiasa ingat abah and selitkan nama abah dalam doa auni setiap hari. Auni kuat ni pun sebab abah tahu? Tiada siapa dapat gantikan tempat abah dalam hidup auni. Abah perwira auni! Doakan kami semua cepat pulih dan dapat mengharungi sisa-II hidup seperti sedia kala. Thank you so much. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik korang. Undur diri dulu, assalamualaikum semua.

 
Arwah mengajar di Smk Seri Saujana dan telah berpindah ke Smk Pekan Baru, Semerah.
 

 Rindu rasanya ingin melihat senyuman abah semula. Al-fatihah buat arwah Othman B. Saad yang telah pergi ke Rahmatullah pada 8 Februari 2013. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.....


Terima kasih kerana sudi baca :) Singgah lagi ye.


Older Post